Archive for May, 2008

How to make delicious cream puff

Friday, May 23rd, 2008

pernah makan cream puff?
kalau tgk cerita Zettai Karashi ep2 (www.mysoju.com)
mesti korang teringin nak makan cream puff…
sedapnye tgk cream puff dalam cerita tu
dgn rotinye yg lembut, intinye yg lembut jgk,
sampai menjilat jari
fuh, sape yg tak teringin

tp, susah nak dapat kat mane2 kedai kat ktn ni
jadi kena la buat sndiri
utk org yg tak pernah memasak kuih@kek mcm saya
buat cream puff ni sgt sng, mcm kacang goreng
oklah tanpa mmbuang masa
menunye begini…:

For the pastry@dough@roti nye la..
3/4 cup water (3/4 cup= 177.5ml)
1/2 cup unsalted butter (=113g)
1 cup high-protein or all-purpose flour (=110g)
1/8 tsp salt (=secukup rasa..huhu)
1 1/2 tsp granulated sugar
3 eggs
1 extra eggs mixed with 1 1/2 tsp water, for egg wash

cream filling@ inti nye:
8 oz cream cheese, softened (=226.8g)
3/4 cup granulated sugar (170g)
2 tsp vanilla extract
2 cups whipping cream, very cold (=453.6g)

cara2 nya:
[A]
1. panaskan oven dulu kepada 220 degree celcius.
2. sediakan kertas minyak.

[B]

saya suggest kite buat inti dulu, sebab kita kena bekukan mangkuk besi dan mesin pengisar sebelum kita kacaukan whipping cream. NEVER keep the whipping cream in the frozen section.
1. Kacau kan whipping cream dalam mangkuk besi yg sejuk, kalau bleh buat dalam bilik aircond lagi bagus.
2. kacau sehingga cream tu jadi keras di permukaannya. jangan terlebih kacau! nanti texture whipping cream tu akan terurai sebab panas.
3. dalam mangkuk berlainan, kacau cream cheese sehingga lembut, campur kan gula dan vanilla.
4. campur kan kedua2 nya.

[C]
masa untuk buat dough aka roti nye.
1. amek butter dan air, masak dalam kuali sehingga mendidih. pastikan butter betul2 cair.
2. masukkan tepung, gula dan garam serentak. kacau sungguh2 sehingga jadi mcm bola. kacau lg sampai 1 minit. padam api. biarkan sejuk 5 minit.
3. masukkan sebiji telur. pukul bersama bancuhan tadi shgga telur betul2 bercampur. ulang proses ini utk telur yg lain.
4. gunakan pastry bag, di hujungnya ada large plain tip, picit adunan tadi, bentukkan menjadi bola kecil sebesar 2-inci diameter. pastikan jarak antara bola2 tu sejauh 2 inci sbb dia akan kmbg nnti.
5. sapu dough tadi dgn egg wash aka telur spy jadi kuning bile masak nnti.
6. masak dalam ketuhar (yg telah panas) selama 20 minit.
7. roti akan jadi kembang 2x ganda dari asal, kering dan warna keemasan.
8. potong di tengah, letakkan inti nya di dalam.
9. boleh makan terus, atau sejukkan dalam peti ais.

ok, menu ni dapat buat utk 12 cream puff bergantung pada saiz bola yg kita buat. sila lah mencuba, jamin sedap. bahan2 bleh dapat dr carrefour, atau kedai2 buat kek. budget… ermmmm.. mahal jgk la,
-cream cheese (250g): rm 9.++
-unsalted butter (250g): rm5.++
-whipping cream (200ml): rm 4.++
-high protein flour (1kg) : rm3.++
selamat mencuba…. :D